Cinta ada banyak definisi, betul kan?
Maknanya berbeza-beza mengikut pandangan dan pengalaman seseorang. Pada pendapat saya yang dibesarkan dengan penuh CINTA oleh ibu dan ayah saya, CINTA adalah CINTA. CINTA tidak pernah berbuat salah, kitalah yang melakukan kesalahan kerana salah menggunakannya, juga salah mentafsirnya ... CINTA tidak buta tetapi kitalah yang dibutakan oleh CINTA.
MENGAPA?
MUDAH,
NAfSU yang kita gagal kawal,
SEPATUTNYA,
kita mengawal NAFSU,
bukannya,
NAFSU yang mengawal KITA...
Huruf dan angka yang manusia cipta dan guna masih idak memadai untuk memberi definisi yang tepat bagi CINTA tetapi satu yang pasti; saya akan sentiasa berkata pada diri yang saya tidak akan berpaling pada CINTA saya YANG AGUNG iaitu ALLAH SUBHANAHU WATA-ALA.
Sekalipun, satu hari nanti saya akan jatuh cinta pada seorang lelaki yang dirinya sempurna dengan kecacatannya sebagai seorang mukmin tetapi tidak berhenti untuk memperbaiki dirinya untuk menjadi mukmin dan muslim yang serta sudi membawa saya sekali bersama menuju ILLAHI, saya berrjanji dan akan berusaha memenuhinya bahawa;
Saya hanya akan menCINTAinya sekadarnya sahaja, selayaknya seorang suami; tidak akan melebihi CINTA saya pada DIA.
P/S:
Kecewa sebab terlalu banyak lagu yang mengagungkan CINTA pada manusia hingga sanggup mangatakan bahawa;
... mereka tidak sanggup hidup tanpa si dia.
hati berfikir dan minda meningkah...
habis tu, kalau ALLAH tiada pun tak mengapa?
hidup mereka betul - betul punah ke kalau mereka tak dapat si dia?
bukankah kita tak boleh menCINTAi manusia berlebihan daripada kita meanCINTAi Pencipta kita dan Pesuruhnya?
Sekian...
No comments:
Post a Comment