Thursday, January 27, 2011

Nukilan 2




Sahabat...
Pertemuan kali pertama itu tidak memberi apa-apa erti,
Kerana kita tidak begitu mengenali,
Pertemuan yang seterusnya membuahkan ukhuwah suci,
 Moga diredhai Ilahi.


Malangnya,
Perpisahan itu sentiasa akan berlaku,
Kerana pertemuan tidak pernah jemu untuk meminta,
Bersabarlah di  atas suratan ini..
Kerana ...keindahan pasti tiba
Suatu hari nanti....


Sahabat,
Kuhembuskan angin rindu,
Kusertai ingatan yang kudus buatmu,
Semoga kau menyambut penuh rela.


Sahabat..
Kenangan persahabatan kita yang suci,
Tawa dan tangis  yang kita kongsi bersama,
Dorongan , bujukanmu , dan nasihatmu
Akan tersemat di hati
Walau aku di kutub utara
dan kau di kutub selatan...


Kerana....
Aku menyayangimu...
Aku merinduimu...
Aku mencintaimu...
Kerana DIA...


Sahabat , marilah kita berkasih seperti al-Hasyir dan Umar,
Rafiqi , marilah kita berkasih seperti al-Mahi dan Usman,
Zumala ' ie , marilah kita berkasih seperti al-A'qib dan Abu Bakar,
Kerana aku mahu bersama-samamu di alam kenikmatan tiada terhingga (syurga),
Kerana aku mahu merasa nikmatnya merindu,
Kerana aku mahu merasa nikmatnya menyayangi,
Kerana aku mahu merasa nikmatnya mencintai,
Seorang manusia bahkan lebih yang digelar SAHABAT,


Dan...
tentunya kerana al-A'zim


 


                                                                                                          -Qrieya







No comments:

Post a Comment