Sunday, December 5, 2010
Nukilan 1
BILA RINDU BERBISIK ......
Dia bagaikan sinaran matahari terbit selepas hujan.
Kecantikannya bukan semata-mata kerana ianya
dihiasi kuntuman pekerti,
Kesantunannya sentiasa disulami rasa rendah diri,
Kesuciannya dihiasi haruman agama,
Kata-katanya sering diselangi tawa yang sopan,
Nasihatnya penuh dengan kata-kata hikmah dan pujangga.
Bila Rindu Berbisik,
Aku kehilangan sesuatu yang amat penting ; hatiku,
Ianya dibawa pergi tanpa aku menyedarinya,
Aku ingin memiliki gadis suci itu,
Yang agama menjadi bentengnya,
Yang tidak mengagungkan dunia,
Yang mengejar akhiratnya,
Tetapi....
Aku lelaki biasa,
Apa kelayakanku mendamba cinta gadis itu?
Apa kelayakanku menyentuh bisikan rindunya?
Apa kelayakanku menggapai hatinya?
Lalu,
Aku akan berusaha menjadi lelaki yang lebih baik;
tingkah lakunya,pertuturannya,juga agamanya.
Bila Rindu Berbisik,
Akan ku simpan cinta ini dalam-dalam,
Menyerah sujud ke hadrat Illahi,
Agar dia menjadi isteriku suatu hari nanti....
-Qrieya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment